SERENDAH – 23 Ogos 2014, satu program Motivasi dan Kecemerlangan Mingguan YBK telah diadakan di Asrama Kasih YBK. Program bermula pada jam 11 pagi. Program ini telah dijayakan bersama En. Zulhairy CEO yang mengendalikan tingkatan 4 dan tingkatan 5. Manakala En. Audi dan Pn. Halimaton mengendalikan pelajar tingkatan 1,2 dan 3.
Program Motivasi dan Kecemerlangan Mingguan YBK ini dimulakan kepada pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK sementara program ini akan dilaksanakan di sekolah- sekolah yang terpilih. Pengisian modulnya lebih banyak menyentuh mengenai potensi minda yang boleh membawa pelajar kepada matlamat yang jelas melalui explorasi kekuatan deria pelajar iaitu VAK (Visual = Penglihatan, Audio =Pendengaran dan Kinestetik = Sentuhan). Ini kerana ramai pelajar-pelajar tidak tahu menggunakan kekuatan deria yang ada pada mereka untuk berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Program tersebut selesai pada jam 1 petang.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;