Serendah, 30 Ogos 2014 bertempat di Asrama Kasih YBK satu majlis Malam Patriotik telah diadakan sempena menyambut malam ambang kemerdekaan Malaysia ke 57 Tahun. Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Tn. Hj. Bing Selamat Amir ALPA YBK dan YBhg. Tn. Hj. Zainal Abidin Zulcifly Penasihat Asrama Kasih YBK.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis oleh adik Aryani pelajar Tingkatan 5. Acara dimulakan dengan persembahan patriotik daripada wakil-wakil setiap tingkatan. Tingkatan 1 dipilih untuk membua persembahan pertama sehinggalah ke tingkatan 5. Panel penilai persembahan adalah Tn. HJ. Bing Selamat dan Pn. Halimaton Saadiah. Oleh kerana Tn. Hj. Zainal hadir pada jam 10.15 malam beliau telah di jemput untuk menyampaikan ucapan perasmian penutup majlis Malam Patriotik Asrama Kasih YBK.
Sementara pengumumkan pemenang bagi pertandingan persembahan patriotik 5 minit tayangan multimedia ucapan daripada YB. Dato Sri Muhammad Hassan iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan disiarkan mengenai Kemerdekaan dan Tanggungjawab Generasi Y.
Keputusan pertandingan diumumkan dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Tn. Bing Selamat. Tempat ketiga jatuh kepada persembahan dari pelajar tingkatan 4 itu persembahan sajak dan lagu Bahtera Merdeka. Pemenang kedua dimenangi oleh pelajar tingkatan 5 itu persembahan lagu Saya Anak Malaysia. Manakala Johannya pula dimenangi oleh pelajar tingkatan 3 iaitu persembahan yang berkonsepkan coral speaking. Majlis disudahi dengan sesi bergambar dan persembahan Bungan api di padang asrama. Majlis selesai pada jam 11.15 malam.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;