- Hit: 1828
Serendah, 31 Ogos 2014 - Asrama Kasih YBK telah mengadakan satu program Jelajah Merdeka sempena sambutan kemerdekaan yang ke 57 tahun. Seramai 100 orang pelajar telah mengambil bahagian yang dipilih berdasarkan keupayaan dan sihat tubuh badan. Laluan yang telah ditetapkan bermula daripada tempat perlepasan bermula di Asrama Kasih YBK peserta akan melalui Check point pertama di luar kawasan pintu masuk pusat serenti Serendah, check point ke dua berada di kawasan perumahan taman Melor, check point ketiga melalui simpang jalan telaga tujuh dan diakhiri semula masuk ke asrama Kasih YBK.
Setiap check point diberikan tugasan oleh warden kepada setiap kumpulan untuk selesaikan. Mereka dibekalkan dengan satu sampul sebagai amanah. Pemarkahan dinilai dairpada amanah yang diberi, tugasan yang berjaya diselesaikan serta adab dan semangat yang ditunjukan.
Peserta memulakan jelajah pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.50 pagi. Sepanjang perjalanan peserta dipantau oleh seorang kakitangan asrama yang membawa bersama air dan kotak kecemasan. Sesi penutup diadakan di dewan pada jam 12.00 tengahari. 3 kumpulan telah dipilih sebagai pemenang program Jejalan Merdeka. Sebagai menutup program peserta dan semua kakitangan asrama menyanyikan lagu tanggal 31 ogos sambil mengimbarkan jalur gemilang.