Merlimau, 9 Sept 2014 – Politeknik Merlimau (PMM) menandatangani nota persetujuan kolaborasi (NOC) bersama YBK dalam mempelopori perlaksanaan dalam bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Penyelidikan. Kerjasama ini secara asasnya membolehkan pelajar program diploma Politeknik turut memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Minyak & Gas apabila mereka tamat pengajian.
Dokumen NOC ini ditandatangani oleh Pengarah Politeknik Merlimau, Mejer (K) Zolkarnain bin Hj Jobshi dan Pengerusi YBK, Dato Zainal Abidin Sakom. Perjanjian NOC ini disaksikan oleh Hj Ghous bin Abd Kadir, Pegarah Kanan Akademik, Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia serta ALPA YBK, Hj Bing Selamat Amir dan Dato Prof Sulaiman Yassin.
Semoga program ini memberikan pengalaman serta kemahiran kepada pelajar sebelum menceburi bidang minyak dan gas.

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;