Nilai, 13/9/2014 – Bulan Kemarahan Ummah merupakan suatu program berterusan selama sebulan bermula awal ogos 2014 yang lalu. Objektif utama program ini adalah untuk meneruskan sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza dalam perjuangan mereka berperang dengan rejim Zionis.

YBK turut sama di dalam kempen ini sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin di Gaza. Dengan ucapan “Kami Bersamamu Gaza” YBK diketuai oleh En Zulhairy Jalaluddin serta keluarga YBK iaitu Pusat Latihan YBK serta Akademi Kemahiran YBK Gesir seramai 40 orang turut hadir di dalam program di stadium tertutup Nilai ini.

Menurut Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abd. Rahman, kempen tersebut merupakan program yang disusun selama sebulan sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia terhadap peperangan di Gaza. Katanya, menerusi program Bulan Kemarahan Ummah itu pihaknya menyeru rakyat Malaysia terus memboikot produk keluaran Israel secara konsisten sebagai tekanan kepada antarabangsa dan rejim Zionis.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;