- Hit: 1810
SERENDAH, 11 Oktober 2014 - Asrama Kasih YBK telah menerima kunjungan daripada kumpulan ANSARI MRSM Perlis yang di ketuai oleh En. Redhuan bagi mengadakan Program Mentor dan Mentee bersama anak-anak Asrama Kasih YBK. Pelajar diberi peluang untuk bertanya dan mendengar perkongsian pengalaman berdasrkan professioan yang mereka ada. Konsep program lebih santai bagi membuka ruang kepada pelajar lebih dekat dengan mereka. Alumni MRSM Berseri ini amat aktif dalam melakukan aktiviti kesukarelawan dan kali ini adalah yang ke 2 mereka mengadakan program perkongsian bersama anak-anak Asrama Kasih YBK. Ahli kumpulan ANSARI yang terlibat adalah En. Fahro daripada bahagian IT Petronas, En. Wan Zul daripada Syarikat Green Technology, En. Shahril daripada syarikat telekomunikasi VTEL, En. Wan Azri dari MIMOS, Kapten Azlan dari Syarikat Perkapalan. Dr. Suhana yang memiliki klinik sendiri, En. Anuar daripada MTEN dan Puan Azian, pensyarah universiti.
Aktiviti diteruskan dengan menyempurnakan pemberian sumbangan 2 buah Tiang Gol Futsal daripada kumpulan ANSARI MRSM PERLIS kepada Asrama Kasih YBK. Ini adalah buat julung kalinya Asrama Kasih YBK menerima tiang Gol futsal ini bagi melengkapkan aktiviti Riadah mereka di padang. Satu perlawanan persahabat di adakan sebagai simbolik merasmikan tiang gol tersebut. Pasukan pelajar Asrama Kasih YBK telah memenangi perlawanan tersebut. Hadiah berupa hamper juga di sumbangkan oleh ANSARI MRSM Perlis.
Terpancar kegembiraan diwajah anak-anak Asrama Kasih YBK apabila sukan yang diidamkan mereka akhirnya dapat diadakan di Asrama Kasih YBK.