SEPANG, 4 November 2014 - YBK telah melawat Rumah Baitul Barokah Wal Mahabbah yang terletak di Kampung Giching Hilir, Sepang. Rumah ini merupakan penempatan pelajar yang terdiri daripada anak yatim dan miskin.

Pelawat telah dibawa melawat sekitar kawasan oleh pegawai Rumah Baitul Barokah. YBK dimaklumkan penghuni rumah ini adalah 80 orang pelajar sekolah rendah. Sebanyak empat (4) buah rumah telah disewa untuk dijadikan asrama pelajar. Pelajar bersekolah di SK Labu Lanjut yang terletak berhampiran, dan bersekolah agama berdasarkan kurikulum Jabatan Agama Islam Selangor.

Rumah ini mengalu-alu bantuan pelbagai bentuk daripada orang awam. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah melawat dan menawarkan bantuan yang sewajarnya.

YBK bercadang untuk menawarkan kemasukan ke Asrama Kasih YBK Serendah untuk pelajar yang layak dan memenuhi kriteria. Diharapkan tawaran ini dapat membantu anak-anak Rumah Baitul Barokah untuk terus mendapat pendidikan yang terbaik.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;