SERENDAH, 13 November 2014 - Asrama Kasih YBK sekali lagi menjadi pilihan Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia kali ini Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menjayakan projek akhir kursus mereka disini. Penyelaras program ini adalah Dr. Norhayati Ali iaitu Pensyarah Kursus Pengurusan Keluarga bersama-sama 26 Mahasiswa dan Mahasiswi mereka yang mengambil jurusan Ekonomi Rumah Tangga.

Acara telah bermula sejak awal 9 pagi iaitu acara senaman aerobik. Seramai 40 orang anak-anak Asrama Kasih terlibat sebagai peserta pada program tersebut. Lebih kurang 3 jenis Modul telah diisi didalam program tersebut dan selesai sehingga jam 4.30 petang.

Antara modul yang telah dikongsikan kepada anak-anak Asrama Kasih YBK ini adalah Gotong Royong mencatikan kawasan Asrama, Mengajar seni membuat Brooch dan Rose Towel dan yang terakhir teknik membuat canapé iaitu biskut tuna.

Dari awal hingga akhir anak-anak Asrama Kasih YBK sangat aktif dan mereka begitu seronok dapat mempelajari sesuatu ilmu yang baru dan Ilmu yang mereka perolehi daripada program ini akan mereka manfaatkan dimasa-masa akan datang.     

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;