KLIA2, 24/11/2014 - sempena cuti sekolah, YBK hari ini menghantar pelajar Asrama Kasih YBK Serendah ke Panti Asuhan Al-Kautsar Lembang Bandung Indonesia. Lawatan 10 orang pelajar selama 2 minggu adalah lanjutan dari lawatan YBK ke sana pada awal tahun ini (10/3/2014). Ketika YBK melawat ke sana asrama yang diurustadbir Yayasan Al-Kautsar Lembang Bandung dibiaya melalui sumbangan orang ramai menyediakan pembelajaran keterampilan seperti nasyid dan muzik melalui persembahan Tarawikh Al-Kauthar. Dato Pengerusi dalam ucapannya berharap adanya jalinan kerjasama diantara Asrama Kasih YBK dengan Asrama Al-Kautsar ini dalam beberapa perkara yang difikirkan sesuai. Ini termasuklah penempatan pelajar ASKA YBK di sini dan tawaran pelatih Panti di ASKA YBK. 

Rombongan seramai 10 orang pelajar akan mengikuti lawatan dan latihan nasyid dan muzik Tarawikh Al-Kautsar di bawah bimbingan tenaga pengajar yang disediakan oleh Panti Asuhan. Penghantaran pelajar diketua oleh Pengetua dan seorang warden yang akan mengiring sepanjang 2 minggu di sana. Pihak Panti Asuhan telah memberikan janji mereka akan memberikan kerjasama akan membantu hasrat YBK membina satu kumpulan nasyid tersebut.

Disamping lawatan ini juga sebagai hadiah kepada pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelajaran dan aktiviti fardhu ain di asrama.

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;