Sepang 22/11/2014 – Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini meneruskan usaha mengenalpasti pelajar yatim atau piatu atau dari kalangan keluarga miskin yang layak dipertimbangkan dimasukkan ke Asrama Kasih YBK Serendah atau Asrama Kasih YBK Gesir untuk sesi kemasukan 2015 tahun depan.

Temuduga terbuka ini telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Bakong, Sepang. Aktiviti temuduga terbuka asrama kasih YBK di sini mendapat sokongan dan kerjasama daripada Skuad Puteri Prihatin Sepang, diketuai oleh Puan Norlida Parjoh. Pelajar yang hadir temuduga telah melalui sesi  soalsiasat minat dan menjalani ujian kecerdesan IQ oleh pegawai YBK dan Pengetua Asrama Kasih. Mereka adalah dari pelajar sekolah rendah dari perkampungan yang berhampiran.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;