Ulu Yam, 20/12/2014 - YBK meneruskan program di Kg Orang Asli Gurney Ulu Yam, sebagai lanjutan perlaksanaan program sosio-ekonomi yang dirancang oleh Jawatankuasa Kampung Orang Angkat, Kg Orang Asli Gurney. Hari ini kakitangan YBK dengan kerjasama Tok Bathin, penyelaras JAKIM dan beberapa orang penduduk telah mengagih-agihkan sumbangan beras dan makanan ringan untuk kanak-kanak kepada setiap keluarga di kampung ini.

Disamping itu YBK juga melancarkan penyiasatan isi rumah bagi membangunkan pengkalan demografi dan sosial isi rumah penduduk kampung ini. Ini termasuklah bilangan ketua isi rumah yang tidak bekerja dan keciciran di kalangan pelajar dan keadaan tempat kediaman. Secara umumnya penduduk kajian penduduk isi rumah asli telah memberikan kerjasama sewajarnya kepada YBK. Maklumat yang dikumpulkan ย diharapkan dapat membantu YBK merancang dan membantu program soiso ekonomi yang sesuai di masa hadapan.ย 

ย 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;