KLANG, 11 April 2015 - Siri ke-2 Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK telah diadakan di SMK Rantau Panjang, Klang melibatkan 30 orang pelajar tingkatan 5. Sebagaimana siri-siri sebelum ini, program motivasi ini menggunapakai modul Neuro-Linguistic Programming (NLP) yang disusun khusus untuk pelajar sekolah. Motivatorย utama daripada YBK, En. Zulhairy Jalaluddin telah mengendali sesi yang berlangsung selama 4 jam dan dibantu oleh pegawai YBK yang hadir. Sesi bermula tepat pada jam 9 pagi.

Para pelajar didedahkan dengan pengetahuan asas NLP dalam membentuk kecemerlangan, sikap dan pemikiran mantap melalui teori dan praktikal yang diajar. Sepanjang sesi tersebut, pelajar diberi panduan bagaimana untuk mengenali potensi diri dan menanam sikap dan sifat ingin cemerlang melalui keadaan diri (state), fisiologi dan persepsi yang betul. Latihan berasaskan NLP seperti 'Buah Limau Sunkist', 'Triplet A', 'Bulatan Kecemerlangan' dan 'State Management/Incantation' turut diajar. Setiap pelajar dibekalkan dengan 'Buku Kerja NLP' untuk mereka mengulangkaji konsep yang diajar.

Secara umumnya pelajar berasa teruja dan memberi kerjasama yang amat baik sepanjang sesi berlangsung. Sesi berakhir pada jam 1 petang dan setiap pelajar diberi Sijil Penyertaan yang diperakukan oleh Akademi NLP Malaysia. Program motivasi ini diadakan secara bersiri di setiap sekolah KUNTUM dan siri seterusnya akan diadakan pada 18 April 2015.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;