- Hit: 1701
SEPANG, 23 Mei 2015 - Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK meneruskan jelajahnya dengan siri ke-6 yang telah diadakan di SMK Sg Rawang, Sepang. Sekolah yang terletak berhampiran dengan pantai peranginan Bagan Lalang ini telah menerima penyertaan seramai 30 orang pelajar tingkatan 5. Sesi dikendalikan oleh motivator Encik Zulhairy Jalaluddin dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq Muhd Azman daripada YBK.
Sesi bermula pada jam 9 pagi di dewan utama sekolah. Konsep Neuro-Linguistic Programming (NLP) terus diterapkan sebagaimana siri-siri sebelumnya di mana pendekatan teori dan praktikal telah digunakan. Pelajar turut diajar teknik 'pattern' berasaskan terapi NLP seperti Triplet-A, Soalan Keajaiban, State Management, Wayang Minda dan SWISH. Konsep 'world-class' turut ditekankan dalam sesi ini.
Setiap pelajar telah dibekalkan dengan buku kerja NLP Untuk Pelajar dan Sijil Penyertaan yang diperakukan oleh Akademi NLP Malaysia di akhir sesi. Pelajar dan guru memberikan kerjasama yang amat menggalakkan dan maklumbalas yang diterima adalah positif.