SERENDAH, 11 Jun 2015 - Aktiviti bersama komuniti Orang Asli di Kampung Orang Asli Ulu Melaka Serendah diteruskan dengan ziarah dan sumbangan beras. Ziarah ini merupakan acara bulanan yang dilaksanakan selaras dengan status kampung ini sebagai 'kampung angkat' YBK. Selain ziarah, YBK turut mengambil kesempatan memberikan taklimat dan memaklumkan masyarakat kampung berkenaan isu-isu berkaitan.

Ziarah bulan ini menyaksikan penyerahan beras kepada 150 ketua keluarga. Di samping itu, pegawai YBK yang hadir turut memberikan taklimat ringkas dan memperkenalkan salah seorang penduduk kampung yang kini bekerja di Asrama Kasih YBK Serendah. Perkara yang ditekankan adalah komuniti orang asli mampu untuk berjaya dan mendapat peluang jika mempunyai cita-cita untuk berubah. Menariknya, agihan beras kali ini turut dibantu oleh Sukarelawan YBK yang terdiri daripada penduduk kampung tersebut.

Program ini akan diteruskan di masa-masa akan datang kerana manfaatnya sebagai penghubung antara YBK dengan masyarakat orang asli, khususnya di K.O.A. Ulu Melaka ini. Ini selaras dengan aspirasi 'YBK Peduli' yang merentas seluruh kumpulan masyarakat.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;