KG GESIR TENGAH, 13 Jun 2015 - Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK telah mengadakan siri khas bersama pelajar daripada Akademi Kemahiran YBK (AKYBK). Seramai 30 orang pelajar yang sedang mengikuti kursus kemahiran di AKYBK telah menyertai sesi ini dan ada di kalangan mereka merupakan pelajar baharu. Sesi bermula pada jam 9 pagi dan dikelolakan oleh En. Zulhairy Jalaluddin selaku ketua motivator dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Pn. Halimaton Saadiah. Sesi berlangsung selama 3 jam.

Modul yang digunakan adalah berasaskan Neuro-Lingustic Programming (NLP) yang telah disesuaikan dengan pemahaman pelajar lepasan sekolah. Konsep-konsep asas seperti makna kecemerlangan, pemikiran 'world-class', model komunikasi dan pembentukan sikap dihujahkan oleh para motivator. Disamping itu, beberapa corak terapi NLP turut diajar kepada pelajar seperti 'State Management', SWISH, Bulatan Kecemerlangan dan Wayang Minda.

Para pelajar telah memberikan kerjasama yang amat baik semasa sesi berlangsung dan memberi maklumbalas positif atas sesi yang berlangsung. Siri seteruskan akan dilaksanakan pada 20 Jun 2015 di Kuala Langat.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;