- Hit: 1900
SERENDAH, 6 Julai 2015 - Masyarakat Islam Orang Asli di Ulu Melaka Srendah dan Kg Gurney Kuala Kubu Bahru telah diraikan YBK dengan majlis Iftar dan Sumbangan Hari Raya. Majlis berlangsung di Kampung Orang Asli Ulu Melaka dan melibatkan keluarga orang asli beragama Islam di kampung tersebut seramai 50 buah keluarga di samping wakil daripada Kampung Orang Asli Gurney.
Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah, sebelum diteruskan dengan sesi sumbangan hamper Hari Raya kepada wakil-wakil keluarga. Anak-anak orang asli turut menerima duit raya. Seramai 150 orang dari (73 keluarga) dan 100 orang kanak-kanak dari kalangan orang Islam terlibat. Sumbangan disampaikan oleh Tn. Hj. Hamzah Jalli, ALPA YBK. Majlis diakhiri dengan solat Isyak dan Tarawih berjemaah dipimpin oleh Ustaz AMir (JAIS) dan Ustaz (JAKIM) dan khatib oleh orang Asli di sini melengkapkan majlis YBK ini.
Sumbangan ini merupakan kesinambungan daripada program Dakwah Orang Asli YBK yang dijalankan secara konsisten setiap bulan dan diharapkan dapat memberi kegembiraan kepada masyarakat Islam di sini menjelang Hari Raya Aidilfitri.