PENDANG (KEDAH), 26 Julai 2015 - Selepas di negeri Perlis pada hari sebelumnya, grup Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK telah berkunjung ke SMK Tanah Merah yang terletak di Daerah Pendang, Kedah. Para pelajar Tingkatan 5 seramai 120 orang telah mengambil bahagian. Sebagaimana kelaziman, sesi dikelolakan oleh En. Zulhairy Jalaluddin selaku ketua jurulatih dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq Mohd Azman.

Neuro-Linguistic Programming (NLP) terus menjadi isi utama di mana para pelajar didedahkan dengan konsep-konsep penting kecemerlangan, pembinaan sikap, dan pembentukan keyakinan diri, di samping model komunikasi dan pencerapan maklumat. Corak NLP (fisioterapi) turut diajar, antaranya 'Teras Perubahan', 'Triplet-A' dan 'State Management'.

Setiap pelajar telah dibekalkan dengan buku kerja NLP untuk Pelajar untuk rujukan. Di akhir sesi, setiap pelajar telah diberikan sijil penyertaan yang diperakukan oleh Akademi NLP Malaysia. Diharapkan para pelajar mendapat manfaat atas perkongsian ilmu yang diberikan dan akan lebih berkeyakinan serta mencipta kejayaan diri yang gemilang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;