HULU BERNAM, 8 Ogos 2015 - Siri Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK diteruskan dengan siri ke 12 di SMK Gedangsa, Hulu Bernam. Sekolah yang terletak dalam gugusan FELDA Gedangsa ini mempunyai 54 orang pelajar tingkatan 5 yang terdiri daripada pelbagai aliran. Siri kali ini telah diketuai oleh En. Zulhairy Jalaluddin sebagai ketua jurulatih dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi. Ketiga-tiga mereka merupakan jurulatih bertauliah NLP untuk pelajar.

Sebagaimana siri-siri sebelumnya, para pelajar didedahkan dengan konsep kecemerlangan, 'world class', pembinaan sikap, pembentukan keyakinan diri serta konsep asas Neuro-Linguistic Programming (NLP) meliputi model komunikasi, meta model, meta program dan pelbagai lagi. Corak (pattern) NLP seperti 'Teras Perubahan', Triplet-A, 'State Management', 'Wayang Minda', SWISH turut diajar kepada pelajar.

Di akhir sesi, pelajar diberikan sijil penyertaan yang diperakukan oleh Akademi NLP Malaysia dan buku kerja NLP untuk pelajar sebagai rujukan. Diharap para pelajar memperoleh manfaat daripada perkongsian yang diberikan.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;