PUTRAJAYA, 20 Ogos 2015 - Program Motivasi Kecemerlangan KUNTUM dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah diadakan di Dewan Utama KKLW. Program ini adalah siri yang pertama diadakan di luar sekolah dan melibatkan hampir 350 orang pelajar daripada 7 buah sekolah di Selangor. Sekolah yang mengambil bahagian adalah SMK Rantau Panjang, SMK Syed Mashor, SMK Serendah, SMK Bukit Gading, SMK Jalan Kebun, SMK Taman Bunga Raya 1, dan SMK Sijangkang Jaya.

Sesi bermula pada jam 9 pagi yang disampaikan oleh jurulatih-jurulatih bertauliah NLP untuk pelajar yang diketuai oleh En. Zulhairy Jalaluddin dan dibantu oleh En. Audi Faliq Ibrahim, Puan Halimaton Saadiah Mohd Nawawi dan En. Saiful Akmal Addanan. Selama 3 jam, para pelajar didedahkan dengan konsep Neuro-Linguistic Programming (NLP) meliputi model komunikasi, meta model, meta program, dan pelbagai lagi. Para pelajar juga dilatih dengan 'pattern' NLP seperti 'Teras Perubahan', Triplet-A, 'State Management' dan 'Bulatan Kecemerlangan'.

Selepas rehat tengahari, setiap sekolah telah bertanding dalam menggayakan 'State Management' dan SMK Sijangkang Jaya muncul sebagai sekolah terbaik. Penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj Ahmad Zubir Abdul Ghani, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKLW dan turut hadir, Tuan Hj Hamzah Jalli, ALPA YBK dan En. Mohd bin Abdullah, Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Rakyat.

Para pelajar dan guru amat berpuas hati dengan perlaksanaan program ini dan berharap agar YBK dapat meneruskannya di masa-masa akan datang dalam meningkatkan motivasi dan keyakinan diri para pelajar.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;