BESTARI JAYA, 22 Ogos 2015 - Bertempat di SMK Sultan Sulaiman Shah, seramai 50 orang pelajar tingkatan 5 telah mengikuti Siri Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK. Siri ini adalah yang ke-14 dan sebagaimana siri-siri sebelumnya, sesi telah disampaikan oleh En. Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim. Kedua-dua mereka adalah Jurulatih Bertauliah NLP Untuk Pelajar.

Sesi selama 3 jam adalah berasaskan Neuro-Linguistic Programming (NLP) yang disesuaikan dengan pelajar. Para pelajar telah didedahkan dengan konsep model komunikasi, meta model, meta program dan pelbagai lagi. Juga, beberapa pattern NLP telah diperkenalkan kepada pelajar, antaranya 'Teras Perubahan', Triplet-A, dan 'State Management'.

Di akhir sesi, setiap pelajar telah menerima sijil penyertaan yang diperakukan oleh Akademi NLP Malaysia di samping buku kerja NLP Pelajar untuk rujukan selepas sesi. Diharapkan para pelajar memperoleh manfaat daripada sesi yang dilaksanakan dan seterus membakar semangat dan motivasi untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;