KLUANG (JOHOR), 29 Ogos 2015 - Persatuan Anak Jati Kg Bentong dan Kelab Belia Kg Bentong telah menjemput YBK untuk memberikan motivasi kepada kumpulan belia kampung yang terdiri daripada remaja berumur 13 hingga 17 tahun. Seramai 200 orang belia telah menghadiri sesi motivasi YBK yang merupakan sebahagian daripada slot Program Destini Anak Bangsa.

Sesi disampaikan oleh pegawai YBK, Audi Faliq Ibrahim selama dua jam. Para belia telah didedahkan dengan konsep NLP termasuklah konsep komunikasi, meta model, meta program dan berkaitan. Juga, 'pattern' NLP asas seperti 'State Management' turut diperkenalkan. Di akhir sesi, para peserta telah diberikan sijil penyertaan yang diperakukan oleh Akademi NLP Malaysia.

Diharapkan sesi motivasi yang diberikan dapat memberi suntikan semangat kepada para belia Kg Bentong untuk berfikiran positif dan melakukan anjakan perubahan sikap yang lebih baik.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;