SHAH ALAM, 12 September 2015 - YBK telah berkolaborasi bersama Kumpulan Media Karangkraf dalam melaksanakan Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar melibatkan para pelajar tingkatan 4 dan 5. Seramai 240 orang pelajar dari sekolah-sekolah dalam PPD Petaling Utama dan PPD Petaling Perdana telah mengambil bahagian. Program ini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada peserta.

Program berlangsung selama setengah hari bermula jam 9 pagi dan dikelolakan oleh jurulatih bertauliah NLP untuk pelajar, En. Zulhairy Jalaluddin dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Puan Halimaton Saadiah. Para pelajar diperkenalkan dengan konsep Neuro-Linguistic Programming (NLP) meliputi konsep motivasi, kecemerlangan, model komunikasi, meta model dan pelbagai lagi. Beberapa 'pattern' NLP turut diajar antaranya 'Teras Perubahan', 'Triplet A' dan 'State Management'.

Di sebelah petang, pelajar dibahagikan kepada kumpulan dan diberi tugasan menggayakan 'State Management' mengikut kreativiti masing-masing dan kumpulan terbaik diberikan hadiah. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Tuan Nasir Hamzah. Dalam ucapannya, Dato' Pengerusi YBK menekankan kepentingan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) diterapkan dalam minda dan jiwa para pelajar dan NLP sebagai salah satu alatnya.

Para pelajar dan guru yang hadir amat teruja dengan program ini dan berharap dapat dilaksanakan di masa-masa akan datang bagi mengukuhkan motivasi dan keyakinan diri para pelajar.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;