KG GESIR TENGAH, 23 Januari 2016 - Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK membuka tirai tahun 2016 dengan siri pertama melibatkan 36 orang pelajar tahun enam, SK Gesir Tengah. Program ini berlangsung di dewan Asrama Kasih YBK Gesir (Jambor Sakti) dan merupakan program motivasi YBK pertama yang melibatkan pelajar peringkat sekolah rendah.

Program berlangsung selama tiga (3) jam bermula jam 9 pagi dan dikendalikan oleh jurulatih bertauliah NLP untuk pelajar, En. Zulhairy Jalaluddin dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq Mohd Azman. Sebagaimana siri motivasi YBK sebelum ini, konsep Neuro-Linguistic Programming (NLP) untuk pelajar menjadi teras modul meliputi konsep kecemerlangan, model komunikasi, meta model dan pelbagai lagi. Beberapa 'pattern' NLP turut diperkenalkan antaranya 'Pasak Minda', 'Triplet A', dan 'State Management'.

Sesi diakhiri dengan penyampaian sijil NLP untuk pelajar yang diperakukan oleh Akademi NLP Malaysia kepada 36 orang pelajar yang hadir. Rata-rata pelajar memberikan respon positif kepada program ini dan YBK akan terus melaksanakan Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar dengan sasaran pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi sepanjang tahun 2016 ini.

Modul Motivasi Pelajar YBK adalah berasaskan Modul NLP Untuk Pelajar yang dirangka oleh Akademi NLP Malaysia dan setiap pelajar yang hadir turut diberikan buku kerja NLP untuk pelajar sebagai rujukan dan praktik selepas program.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;