KALUMPANG, 15 April 2016 - Program Motivasi YBK meneruskan momentumnya dengan siri ke-4 yang diadakan di SMK Kalumpang. Siri ini melibatkan enam puluh (60) pelajar tingkatan 5 daripada pelbagai aliran. Program berlangsung selama 3 jam bermula jam 9 pagi dan turut disaksikan oleh guru kaunselor dan penyelaras KUNTUM, Cikgu Ahmad Zaki Yahut.

Modul NLP untuk pelajar telah dipraktikkan sebagaimana sesi-sesi sebelumnya dengan penekanan khusus diberikan untuk membina 'state' pelajar. Pelajar diperkenalkan dengan konsep motivasi, kecemerlangan, pembinaan sikap dan identiti 'world class'. Konsep NLP seperti meta model, meta program, dan corak (pattern) turut diperkenalkan kepada para pelajar. Antara 'pattern' yang diperkenalkan adalah 'Circle of Excellence', 'Triplet-A', 'Teras Perubahan' dan 'State Management'.

Pelajar yang menamatkan program ini diberikan sijil penyertaan yang diperakukan oleh Akademi NLP Malaysia. Pelajar juga diberikan Buku Kerja NLP Untuk Pelajar bagi membolehkan mereka mengulang kaji dan mempraktikkan konsep-konsep yang diajar. Semoga sesi yang dilaksanakan dapat memberikan dimensi baru kepada para pelajar untuk memperkasakan prestasi dan mencapai kecemerlangan yang diimpikan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;