PERLIS & KEDAH, 6-7 Ogos 2016 - Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK meneruskan momentum di mana dua sekolah menengah dan satu sekolah rendah telah dikunjungi oleh kumpulan motivasi YBK. Jumlah pelajar yang terlibat adalah seramai 200 orang.

Pada hari Sabtu (6 Ogos 2016), YBK telah berkunjung ke kampus Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi memberikan motivasi kepada pelajar tingkatan 5 SMK Sanglang. Sesi diadakan secara 'quick pace' kerana masa yang diperuntukkan adalah 2 jam. Para pelajar telah didedahkan, secara asas, konsep motivasi, kecemerlangan dan NLP dan didedahkan kepada corak-corak NLP asas. Sesi disampaikan oleh En. Zulhairy Jalaluddin, Jurulatih Bertauliah NLP untuk pelajar sambil dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq Mohd Azman. Seramai 50 orang pelajar terlibat.

Pada sebelah pagi hari Ahad (7 Ogos 2016), YBK telah ke SMK Tanah Merah, Pendang menyampaikan motivasi kepada 130 orang pelajar tingkatan 5. Sesi berlangsung selama 3 jam. Sebagaimana biasa, pelajar didedahkan konsep motivasi, kecemerlangan, NLP dan 'mendaki'. Pelajar juga diajar corak-corak NLP seperti Teras Perubahan, Bulatan Kecemerlangan dan State Management. Para pelajar telah diberi buku kerja NLP untuk pelajar sebagai panduan di samping sijil NLP yang diperakukan oleh Akademi NLP Malaysia.

Di sebelah petang, YBK bergerak ke SK Kg Sera, Baling, Kedah bagi melaksanakan sesi motivasi santai bersama 30 orang pelajar tahun 6 atas jemputan Penolong Kanan HEM. YBK telah meluangkan masa selama 2 jam memberikan semangat dan pelajar telah diberi pendedahan asas NLP dan corak NLP Teras Perubahan dan State Management.

Diharapkan sesi motivasi yang diadakan memberikan manfaat untuk meningkatkan prestasi dan semangat dalam mencapai kecemerlangan dan impian yang diinginkan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;