SUNGAI BESAR, 18 Ogos 2016 – Pelajar-pelajar perlu menggunakan sebaiknya minda, deria, keinginan dan kesungguhan untuk cemerlang, gesa Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom di majlis penutup Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar. β€œKita perlu mengubah persepsi kita sebagai khalifah dengan menggunakan minda, deria, keinginan dan kesungguhan serta mencontohi orang-orang yang berjaya untuk sukses dalam kerjaya dan kehidupan kita,” jelas beliau lagi. Zainal turut memberi contoh atlit negara Datuk Lee Chong Wei yang sentiasa memberi fokus dan kesungguhan dalam mengejar kejayaan sehingga beliau dikenali seluruh dunia.

Sementara itu, Penyelia Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, En M Nasir Abd Rashid mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada YBK atas penganjuran program motivasi ini yang diadakan secara percuma. β€œProgram motivasi ini jelas telah menyemarakkan semangat pelajar-pelajar khususnya yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” ujar beliau lagi.

Seramai 420 pelajar tingkatan empat dan lima daripada 11 buah sekolah sekitar Sg Besar dan Sabak Bernam menghadiri program motivasi yang diadakan di Dewan Sri Bernam, Sg Besar hari ini. YBK mensasarkan seramai lebih 5,000 pelajar didedahkan kepada program pembangunan modal insan YBK tahun ini yang direkabentuk untuk pelajar sekolah menengah dan rendah menerusi pendekatan Neuro Linguistik Program (NLP).

NLP merupakan konsep bagaimana manusia berfikir, beremosi dan menzahirkan tingkah lakunya yang dapat membantu pelajar meningkatkan keupayaan belajar supaya mendapat hasil baik melalui kaedah pengendalian diri, pembinaan matlamat dan sistem kepercayaan. YBK telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar di sekolah-sekolah dan mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar YBK berperanan sebagai pelengkap dan pendorong kepada program-program pembasmian kemiskinan yang sedia ada khususnya dalam pembangunan modal insan. Turut hadir di program tersebut Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK Tuan Haji Hamzah Jalli dan En Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK serta guru-guru pengiring daripada 11 buah sekolah.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;