KOTA BHARU, 19 Oktober 2016 - Program Motivasi NLP YBK untuk sesi 2016 telah sampai ke penghujung dengan siri terakhir telah berlangsung di SMK Penambang, Kota Bharu, Kelantan. Seramai 144 orang pelajar tingkatan 5 telah mengambil bahagian. Sesi berlangsung di dewan sekolah selama 3 jam bermula 9:00 pagi. SMK Penambang adalah salah satu daripada sekolah di bawah Program Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu (KUNTUM).

Sesi dikelolakan oleh En. Zulhairy Jalaluddin, ketua jurulatih NLP YBK dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim. Para peserta didedahkan dengan konsep Neuro-Linguistic Programming (NLP), idea kecemerlangan dan semangat mendaki. Pelajar telah diajar beberapa corak (pattern) NLP iaitu 'State Management' dan 'Teras Perubahan'. Sesi berlangsung dengan lancar dan para pelajar telah memberi kerjasama yang baik. Sesi berakhir jam 1 petang dan sijil penyertaan yang diperakukan oleh Akademi NLP Malaysia telah diberikan.

Dengan ini maka selesailah Siri Motivasi NLP untuk tahun 2016. Diharapkan para pelajar memperoleh manfaat daripada ilmu yang disampaikan dan menggunakan apa yang dipelajari untuk memantapkan motivasi diri.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;