GESIR, 14 Januari 2017 - Program Motivasi NLP membuka tirai 2017 dengan siri pertama diadakan di Asrama Kasih YBK Gesir (Jambo Sakti). Seramai 30 anak-anak ASKA Gesir telah mengambil bahagian dalam sesi yang berlangsung selama tiga (3) jam bermula jam 10 pagi di Dewan ASKA Gesir. Sesi telah dikendalikan secara bersama oleh ketua jurulatih, En. Zulhairy Jalaluddin yang dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim.

Sesi dikendalikan secara santai dan anak-anak ASKA Gesir telah diperkenalkan dengan konsep motivasi, kecemerlangan dan Neuro-Linguistic Programming (NLP) melalui aktiviti berkumpulan dan individu. Metodologi 'hands-on' ditekankan kerana anak-anak ini di peringkat umur sekolah rendah dan lebih tertarik dan faham melalui cara aktiviti dan latihan. Anak-anak ini juga telah dibimbing untuk melakukan beberapa corak (pattern) NLP antaranya 'Teras Perubahan', 'Pasak Minda', 'State Management' dan 'Menjana Kelakuan Baru' untuk menyediakan minda mereka melihat kecemerlangan.

Sesi berakhir pada jam 1 petang dan anak-anak ASKA Gesir pada keseluruhannya dapat menerima konsep yang diajar dan dapat melihat apa yang dimaksudkan dengan kecemerlangan dengan lebih jelas dan padu.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;