- Hit: 1672
KALUMPANG, 17 Februari 2017 - Program Motivasi NLP Yayasan Basmi Kemiskinan yang pertama untuk bulan Februari telah dilaksanakan di SMK Kalumpang hari ini. Seramai 100 orang pelajar tingkatan 5 telah hadir dan menyertai sesi yang berlangsung hampir 3 jam.
Sesi bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada jam 12:30 tengahari. Para pelajar telah didedahkan dengan konsep 'kecemerlangan', 'semangat mendaki', 'world class' dan asas NLP di samping diperkenalkan dengan 'pattern' NLP seperti 'Circle of Excellence' dan 'State Management'. En. Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih telah mengendalikan sesi dan dibantu oleh saudara Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq Mohd Azman. Program di sekolah diatur gerak oleh Cikgu Ahmad Zaki Yahut. Para pelajar memberikan kerjasama yang memuaskan dan mengikuti program sehingga tamat.
Sekolah-sekolah yang berminat untuk menjemput YBK memberikan sesi motivasi NLP boleh menghubungi saudara Audi Faliq di talian pejabat 03 7875 0036 atau 019 3740 382.