HULU LANGAT, 18 Februari 2017 - Program Motivasi NLP Yayasan Basmi Kemiskinan meneruskan jelajah ke SMK Dusun Nanding yang terletak di Hulu Langat, Selangor. Seramai 30 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 telah mengikuti sesi ini yang dikelolakan oleh En. Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih dan dibantu oleh saudara Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq Mohd Azman.

Sesi berlansung selama 3 jam 30 mint bermula pada jam 9 pagi. Para pelajar telah didedahkan dengan konsep asas NLP, idea kecemerlangan dan 'world class' di samping diperkenalkan dengan corak-corak NLP seperti 'State Management', 'Teras Perubahan' dan 'Bulatan Kecemerlangan'. Metodologi yang digunakan adalah syarahan dan latihan praktikal.

Para pelajar ini telah memberi respon yang amat baik dan mengikut sesi sehingga tamat. Program diatur gerak oleh Cikgu Zarina dan turut disaksikan oleh guru kaunselor sekolah yang menyatakan hasrat untuk menjemput YBK di masa akan datang.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;