BALING (KEDAH), 7 Mei 2017 - Kumpulan Motivasi YBK hari ini telah berkunjung ke daerah Baling dalam negeri Kedah, untuk memenuhi jemputan menyampaikan motivasi kepada pelajar darjah enam di dua buah sekolah rendah - SK Kg Sera dan juga SK Kg Padang. Tahun ini merupakan tahun ke-2 YBK berkunjung ke sekolah-sekolah ini.

En. Zulhairy Jalaluddin telah mengendalikan sesi di SK Kg Sera, melibatkan hampir 40 orang pelajar darjah enam dan diadakan di dewan terbuka sekolah berkenaan. Modul NLP masih menjadi teras penyampaian tetapi telah ditala (tune-in) untuk memenuhi pemahaman pelajar sekolah rendah. Para pelajar diperkenalkan dengan konsep kecemerlangan diri, 'world class' dan juga diajar corak-corak NLP yang mampu membina keyakinan diri mereka. Cikgu Rohana Lahamin, GPK sekolah dan guru-guru lain turut menyaksikan sesi berkenaan yang berlangsung selama 3 jam.

 

Manakala di SK Kg Padang, saudara Audi Faliq Ibrahim telah mengendalikan sesi bersama-sama hampir 50 orang pelajar tahun 6, 5 dan 4 di dewan sekolah yang terletak di tingkat atas. Sebagaimana di SK Kg Sera, modul yang digunakan adalah serupa tetapi tidak menekankan kepada syarahan semata-mata bagi mengelakkan kebosanan pelajar. Selain diperkenalkan dengan konsep NLP, kecemerlangan dan 'world class', para pelajar juga diajar corak-corak NLP dan aktiviti membina kapal terbang kertas. Sesi berlangsung selama 3 jam dan turut disaksikan oleh Cikgu Salmah Othman, GPK SK Kg Padang.

Motivasi NLP untuk pelajar sekolah rendah merupakan salah satu daripada kumpulan sasar Unit Motivasi YBK. Sekolah-sekolah yang berminat untuk menjemput YBK boleh menghubungi saudara Audi Faliq di talian 03 7875 0036 atau 019 3740 382.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;