- Hit: 1369
PETALING JAYA, 12 Mei 2017 - Hari ini Kumpulan Motivasi YBK telah memenuhi jemputan menyampaikan ceramah motivasi kepada pelajar tahun 6 di SK Sri Damai Petaling Jaya. Seluruh pelajar tahun 6 yang berjumlah 50 orang telah menyertai sesi ceramah ini yang berlangsung selama 3 jam bermula jam 9 pagi di Makmal Pembelajaran Sekolah. Sesi disampaikan oleh saudara Audi Faliq Ibrahim yang juga merupakan bekas pelajar sekolah ini (1994-1999).
Sesi sepanjang 3 jam ini diselang-seli dengan metologi syarahan dan latihan praktikal (aktiviti). Para pelajar diperkenalkan dengan konsep NLP, kecemerlangan diri, 'world class' dan pembinaan 'state' yang positif. Corak NLP seperti 'Bulatan Kecemerlangan', 'State Management' dan 'Well-Formed Outcome' telah diperkenalkan kepada para pelajar untuk mengukuhkan motivasi dan keyakinan diri mereka. Aktiviti 'Kapal Terbang Kertas' turut dilaksanakan bagi mencungkil kreativiti diri dan menyemai sikap berani dan bersedia dalam diri.
Turut hadir menyaksikan sesi, Cikgu Hashim Ko Abdullah, guru tahun 6 dan guru-guru matapelajaran lain. Sesi diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan dan sesi fotografi.