PERLIS & KEDAH, 9 & 10 September 2017 - Kumpulan Motivasi YBK telah bergerak ke utara Malaysia untuk Program Motivasi NLP yang diadakan di dua (2) buah sekolah iaitu SMK Sanglang di Perlis dan SMK Pendang di Kedah.

Pada 9 September 2017 (Sabtu), Program Motivasi YBK telah diadakan di SMK Sanglang di Perlis. Tahun ini merupakan tahun ke-3 program ini diadakan di sekolah ini. Seramai hampir 50 orang pelajar tingkatan 5 dan pelajar program KUNTUM YBK telah mengikuti sesi ini. Para pelajar telah didedahkan dengan konsep kecemerlangan, 'world class', semangat mendaki, dan asas Neuro Linguistic Programming (NLP). Pelajar juga diperkenalkan dengan beberapa corak (pattern) NLP seperti 'State Management', 'Teras Perubahan' dan latihan kepekaan sensori. Sesi dikelolakan oleh En. Zulhairy Jalaluddin selaku ketua jurulatih dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq Mohd Azman.

Pada hari seterusnya (10 September 2017), kumpulan motivasi YBK telah ke Pendang, Kedah. Sekolah SMK Pendang menjadi destinasi selepas mendapat jemputan daripada Cikgu Sharipah Md Isa, Guru Penolong Kanan sekolah. Di sekolah ini, sambutan amat menggalakkan di mana seramai lebih 150 orang pelajar tingkatan 5 telah menyertai program ini. Sebagaimana kebiasaaan, para pelajar telah didedahkan dengan konsep kecemerlangan, 'world class', semangat mendaki, dan asas Neuro Linguistic Programming (NLP), di samping diperkenalkan dengan beberapa corak (pattern) NLP seperti 'State Management', 'Teras Perubahan' dan 'Circle of Excellence'. En. Zulhairy Jalaluddin selaku ketua jurulatih telah mengelolakan sesi dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq Mohd Azman.

Unit Motivasi YBK sejak awal 2017 sehingga kini telah melatih lebih 600 orang pelajar dan telah berkunjung ke 10 buah sekolah.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;