BATANG KALI, 27 September 2017 - Hari ini telah berlangsung Program Motivasi NLP Yayasan Basmi Kemiskinan di SMK Syed Mashor, Batang Kali. Seramai 140 orang pelajar daripada tingkatan 5 dan 6 telah mengambil bahagian. Program di sini amat istimewa kerana telah menerima kehadiran tetamu khas, YB Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali dan YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK pada majlis penutup. Turut hadir, YdP PIBG SMK Syed Mashor, En. Azman dan GPK, Pn. Samsidar.

Sesi berlangsung pada jam 8:30 pagi yang dikelolakan oleh En. Zulhairy Jalaluddin, ketua jurulatih team motivasi YBK dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Ustaz Saiful Akmal Addanan. Para pelajar telah diperkenalkan dengan konsep motivasi, kecemerlangan dan NLP serta melaksanakan praktikal beberapa 'pattern' NLP seperti 'State Management' dan 'Circle of Excellence'.

YB Datuk Mat Nadzari dalam ucapannya menyeru para pelajar untuk terus berusaha menuju kecemerlangan dan mengharumkan nama sekolah selaku tokoh yang berjaya. Beliau yang juga alumni SMK Syed Mashor melahirkan rasa bangga dan percaya setiap pelajar itu berpotensi dan seharusnya digilap usahanya.

YBhg. Dato' Zainal Abidin pula menyeru agar pelajar memelihara minda dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang mencetuskan budaya tidak sihat. Mengambil contoh kes pusat tahfiz di Kuala Lumpur, beliau berharap kejadian seumpamanya tidak berulang dan pelajar mampu menggunakan minda ke arah yang positif dan terbaik.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil, cenderamata dan sesi fotografi.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;