SG. CHOH, 28 Februari 2018 - Kumpulan Motivasi YBK meneruskan jelajah Program Motivasi Semangat Mendaki YBK ke SK Sungai Choh yang terletak di Rawang, Selangor. YBK hadir atas jemputan Guru Besar, Puan Hariani Mohd Hamdan dan sesi kali ini melibatkan seluruh pelajar Tahap 2 yang terdiri daripada Tahun 4, 5 dan 6 sejumlah 194 orang.

Sesi bermula pada jam 9:30 pagi dan dilaksanakan oleh Audi Faliq Ibrahim dan Ustaz Syaiful Akmal Addanan. Selama hampir 3 jam, para pelajar telah didedahkan dengan konsep 'Semangat Mendaki', erti motivasi dan kecemerlangan di samping asas Neuro-Linguistic Programming (NLP) yang turut merangkumi teori dan praktikal corak (pattern) NLP seperti 'State Management' dan 'Sensory Acquity'.

Rata-rata pelajar memberi kerjasama yang amat baik dan maklumbalas yang diterima adalah amat positif. Guru Besar berpuas hati dengan sesi yang dijalankan dan bersetuju dengan impak positif yang dihasilkan.Β Beliau juga berharap program ini dapat diteruskan di sekolah-sekolah yang lain.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;