BERANANG, 17 April 2018 - Siri Program Motivasi Semangat Mendaki YBK hari ini telah diadakan di SMK Khir Johari, Beranang. Seramai hampir 80 orang pelajar tingkatan 5 telah mengambil bahagian dalam sesi yang berlangsung selama 3 jam di dewan utama sekolah. Turut hadir menyaksikan, guru kaunseling, Puan Azliza Abdullah.

Sesi dikendalikan oleh En. Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq Mohd Azman. Konsep Semangat Mendaki YBK yang merangkumi 5 tonggak utama telah diketengahkan kepada pelajar yang hadir di samping latihan praktikal corak-corak Neuro-Linguistic Programming (NLP).

Program berakhir pada jam 12 tengahari dengan ucapan penutup dan penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;