PENDANG (KEDAH), 8 Julai 2018 - Hari ini Yayasan Basmi Kemiskinan telah dijemput untuk menyampaikan sesi Motivasi Semangat Mendaki di 2 buah sekolah menengah di negeri Kedah, iaitu SMK Pendang dan SMK Tanah Merah. Sesi pertama dilaksanakan di SMK Pendang. Sesi yang bermula pada jam 9 pagi melibatkan lebih 200 orang pelajar tingkatan 5. Sesi kedua di SMK Tanah Merah pula menyusul pada jam 2 petang dengan penyertaan hampir 100 orang pelajar tingkatan 5.

Sesi berlangsung selama 3 jam dan dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Motivasi iaitu En. Zulhairy Jalaluddin. Pelajar telah diperkenalkan dengan idea Semangat Mendaki YBK yang merangkumi 5 prinsip utama iaitu 'Iman & Taqwa' 'Mengurus Emosi' 'Impian' 'Kepercayaan' dan 'Keberanian'.

Kepada sekolah, institusi atau persatuan yang berminat untuk menjemput YBK memberikan motivasi membina semangat diri melalui idea 'Semangat Mendaki' untuk pelajar menengah dan rendah, boleh berhubung dengan saudara Audi Faliq Ibrahim melalui panggilan atau WhatsApp di talian 019-3740382.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;