- Hit: 1629
KUALA KUBU BHARU, 1 Ogos 2018 - Sesi Motivasi Semangat Mendaki YBK meneruskan momentumnya di SMK Gedangsa hari ini. Seramai 170 orang pelajar daripada tingkatan 1, 2, 3 dan 4 telah menyertai sesi ini. Sesi bermula pada jam 2:30 petang dan berlangsung selama 1.5 jam.
Sesi dikendalikan oleh En. Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim selaku Pembantu Jurulatih dan Muhd Afiq Mohd Azman selaku jurumedia. Para pelajar telah diperkenalkan dengan modul Semangat Mendaki YBK dengan penekanan utama kepada konsep pengawalan emosi dan sensori. Latihan praktikal 'kepekaan sensori' dan 'State Management' turut diajar dan guru-guru yang hadir turut sama melakukannya.
Sesi selesai pada jam 4:30 petang dengan majlis penutup dan sesi bergambar.