BALING (KEDAH), 5 Ogos 2018 - Hari ini telah berlangsung sesi Motivasi Semangat Mendaki Yayasan Basmi Kemiskinan di dua (2) buah sekolah rendah dalam daerah Baling. Sekolah yang berkenaan adalah SK Kg Padang dan SK Kg Sera. Tahun ini merupakan tahun ke-3 YBK mengadakan motivasi di sekolah- sekolah ini.

Sekolah SK Kg Padang menjadi destinasi pertama hari ini. Sesi bermula pada jam 8:30 pagi dan dikendalikan oleh Audi Faliq Ibrahim. Berlangsung selama 2 jam, seramai hampir 60 orang pelajar dari tahun 4, 5 dan 6 telah mengambil bahagian dan dijalankan di dewan sekolah.

Selesai di SK Kg Padang, destinasi seterusnya adalah SK Kg Sera yang mengambil masa perjalanan 30 minit. Sesi di sini bermula pada jam 12 tengahari dan melibatkan penyertaan hampir 60 pelajar tahun 5 dan 6. Sesi berlansung di dewan ICT sekolah.

Pelajar telah diperkenalkan dengan idea Semangat Mendaki merangkumi 5 tonggak iaitu Iman & Taqwa, Emosi, Impian, Kepercayaan dan Keberanian. Penyampaian adalah secara santai dan melibatkan interaksi aktif dengan penceramah. Di akhir sesi, pelajar telah diperkenalkan dengan corak 'State Management'.

Maklum balas yang positif diberikan oleh peserta dan guru-guru yang terlibat dalam sesi dan pihak sekolah bersetuju untuk diteruskan pelaksanaan motivasi ini di tahun yang akan datang dan mungkin akan melibatkan lebih banyak sekolah-sekolah dalam daerah Baling.

Kepada sekolah, institusi atau persatuan yang berminat untuk menjemput YBK memberikan motivasi membina semangat diri melalui idea 'Semangat Mendaki' untuk pelajar menengah dan rendah, boleh berhubung dengan Audi Faliq Ibrahim melalui panggilan atau WhatsApp di talian 019 3740 382.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;