KG. GESIR TENGAH, 14 November 2018 - Anak-anak Asrama Kasih YBK Gesir (ASKA Gesir) hari ini telah diraikan dengan aktiviti sukaneka dan jamuan 'barbeque' sebelum bermulanya cuti persekolahan akhir tahun 2018. Program ini juga khusus untuk meraikan anak-anak di Tahun 6 kerana tahun ini adalah tahun terakhir sebelum mereka meninggalkan ASKA Gesir untuk meneruskan pelajaran di Tingkatan 1.

Program bermula dengan aktiviti sukaneka yang diadakan pada sebelah petang bermula jam 5. Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah mengetuai aktiviti sukaneka dan dibantu oleh kakitangan Ibu Pejabat YBK yang bertindak sebagai fasilitator. Sukaneka mengambil masa selama 1 jam dan anak-anak asrama kemudiannya mengambil masa membersihkan diri dan solat maghrib sebelum ke acara seterusnya.

Jamuan 'barbeque' dimulakan pada jam 8 malam dengan kakitangan Ibu Pejabat, ASKA Gesir dan AKYBK bergotong-royong membakar juadah serta menyiapkan hidangan. Anak-anak ASKA pula telah dihiburkan dengan beberapa permainan sementara menunggu penyediaan jamuan. Majlis dimulakan sejurus ketibaan Dato' Hj. Bing Selamat, ALPA YBK. Beliau turut mengambil kesempatan memberikan ucapan dan nasihat kepada anak-anak dan selesai ucapan, jamuan makan berlangsung.

Program berlangsung dengan penuh semangat kekeluargaan, kemesraan dan keceriaan dan para hadirin telah bergambar bersama sebelum majlis selesai pada jam 10:30 malam. Diharap program ini menjadi satu kenangan kepada anak-anak ASKA Gesir di samping merapatkan ukhwah antara kakitangan dan anak-anak asrama.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;