SERENDAH, 26 November 2018YBK telah menerima kunjung hormat daripada Yayasan Perguruan Budi Agung Medan, Indonesia di Asrama Kasih YBK Serendah, hari ini. Delegasi YPBA diketuai oleh Bapak Sudarman Darlan Suradikromo dan Ibu Umiyati Patma Atmojo (Pengasas YPBA). Turut serta adalah 8 orang guru-guru YPBA dan kakitangan.

Sesi taklimat berkenaan latar belakang dan program-program YBK telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK. Pengetua ASKA Serendah, Pn. Halimaton Saadiah, para pegawai tertinggi YBK dan ASKA turut hadir dalam sesi taklimat yang dijalankan. Taklimat dan perbincangan berlangsung dalam suasana ceria dan mesra. YBK dan YPBA secara prinsipnya bersetuju untuk meneroka potensi kerjasama dalam aktiviti-aktiviti yang bersesuaian khususnya dalam lapangan pendidikan.

Delegasi YPBA kemudiannya dibawa melawat ke kawasan asrama sebelum diakhiri dengan sesi fotografi.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;