KG GESIR TENGAH, 20 Januari 2019 - Hari ini telah berlangsung taklimat dan demonstrasi pencegahan kebakaran di Asrama Kasih (ASKA) YBK Gesir yang dikelolakan oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu. Objektif taklimat ini adalah untuk memberikan pengetahuan khusus berkenaan cara mencegah kebakaran, keselamatan tempat dan penyelamatan diri kepada pelajar ASKA Gesir. Taklimat seumpamanya telah dilakukan di ASKA Serendah pada minggu sebelumnya (13 Januari 2019).

Turut bersama dalam taklimat ini, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Encik Basharuddin Mohd Noor (Timbalan Pengurus Besar YBK), Puan Farahin Iszreen Ismail (Pengetua ASKA Gesir) dan para pegawai YBK. Taklimat yang bermula pada jam 10 pagi telah disampaikan oleh Encik Rosdi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.

Selepas selesai taklimat, para pelajar turut diberi peluang untuk belajar dan merasai sendiri cara memadamkan api menggunakan alat pemadam api oleh anggota-anggota bomba yang hadir.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;