SG. BULOH, 25 Februari 2019 - Motivasi Semangat Mendaki YBK meneruskan momentumnya dengan siri ke-2 di SMK Damansara Damai 1. Seramai 100 orang pelajar tingkatan 5 telah mengambil bahagian dalam Program ini. Sesi telah berlangsung selama 3 jam bermula jam 8:30 pagi.

Para pelajar telah diperkenalkan dengan modul Semangat Mendaki YBK yang merangkumi 5 konsep utama yang berteraskan Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan Emotional Spiritual Quotient (ESQ). Sesi dikendalikan oleh En. Zulhairy Jalaluddin selaku Ketua Jurulatih dan dibantu oleh Audi Faliq Ibrahim dan Muhd Afiq Mohd Azman. Para pelajar telah memberikan kerjasama yang amat baik dan mengikuti keseluruhan sesi tanpa sebarang masalah.

Kepada sekolah atau institusi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Motivasi Semangat Mendaki, boleh berhubung dengan Audi Faliq Ibrahim di talian 019 3740 382.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;