SERENDAH, 25 Februari 2019 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pondok Pesantren Sumatera Thawalib Parabek Bukittinggi. Kunjung hormat ini adalah sebahagian daripada program lawatan sambil belajar delegasi ini di samping manifestasi hubungan yang amat erat antara YBK dan pihak Pesantren.

Delegasi seramai 75 orang diketuai oleh Bapak Edy Oktafiandi (Kepala Kantor Kementerian Agama Kabupaten Agam) dan Bapak Deswandi Harmaini (Syaikhul Ma'had) telah ke Asrama Kasih YBK Serendah yang menjadi tuan rumah majlis. Ketibaan delegasi pada jam 5 petang telah disambut oleh YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dengan penuh mesra dan semangat kekeluargaan. Turut hadir, En. Zulhairy Jalaluddin (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK), para pegawai tertinggi daripada Ibu Pejabat YBK, Asrama Kasih YBK Serendah dan Gesir; Pusat Latihan YBK, Akademi Kemahiran YBK dan Koperasi Kasih YBK.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato' Pengerusi YBK menzahirkan rasa terharu dan optimis agar hubungan erat antara YBK dan Pesantren dapat dikekalkan sesuai dengan semangat perpaduan Islam. Syaikhul Ma'had Bapak Deswandi dalam ucapan balas beliau turut gembira dan berterima kasih kepada YBK dan berharap tautan kasih sayang dan ukhwah antara YBK dan Pesantren akan berkekalan. Sepanjang majlis berlangsung, jamuan telah dihidangkan kepada delegasi diiringi persembahan oleh anak-anak Asrama Kasih YBK Serendah.

Delegasi turut dibawa melawat ke gerai-gerai pameran yang terdiri daripada 'outlet' pendidikan YBK (Pusat Latihan YBK, Akademi Kemahiran YBK, Asrama Kasih YBK) dan juga Koperasi Kasih YBK.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;