KELANA JAYA, 27 Februari 2019 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah menerima kunjungan daripada delegasi Universiti Teknikal Melaka (UTeM) bagi pembentangan Projek Perundingan Buku Inspirasi Kasih dan Pembangunan Bakat Pelajar Asrama Kasih YBK (ASKA).

Delegasi seramai enam (6) orang yang diketuai oleh Dr. Mohd Fauzi bin Kamarudin telah disambut oleh Pengerusi YBK, Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom. Turut bersama dalam sesi pembentangan tersebut adalah Datin Dr. Hjh. Hartini Osman, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Prof Dr. Abdul Rahman Ayub dan En. Zulhairy Jalaluddin (ALPA YBK), Pn. Halimaton Saadiah (Pengetua ASKA Serendah), dan para pegawai kanan YBK.

Dalam pembentangan tersebut, pihak UTeM telah mencadangkan beberapa inisiatif untuk memperkasa modal insan pelajar asrama di samping melonjakkan sejarah ASKA melalui penulisan dan pemasaran. Beberapa solusi (tools) yang diketengahkan seperti 'I-Pro' dilihat sesuai untuk diaplikasikan.

YBK pada dasarnya berminat untuk meneroka dengan lebih mendalam dan akan melaksanakan perbincangan lanjutan bagi tujuan ini.

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;