KELANA JAYA, 10 April 2019YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan(YBK) hari ini melancarkan Program Sinar Kasih Ramadhan 2019. Program ini telah memasuki tahun ke-11 penganjuran, yang berkonsepkan membiayai keperluaan berbuka dan bersahur sebulan Ramadhan berjumlah RM600 untuk seisi keluarga.

Ia merupakan program meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai, sektor kerajaan dan sektor korporat untuk memberi sedekah kepada keluarga miskin yang terpilih di seluruh negara. Sedekah yang diserahkan kepada YBK akan diagihkan kepada keluarga termiskin berdasarkan keperluan Pendapatan Garis Kemiskinan (Makanan) iaitu RM600.00 sebulan. Kos penghantaran dan pentadbiran akan ditanggung sepenuhnya oleh YBK.

Turut hadir di majlis pelancaran tersebut, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, YBhg Dato’ Hj. Bing Selamat bin Amir, YBhg. Prof. Madya Dr. Ts. Hj. Abdul Rahman Ayub dan Encik Zulhairy Jalaluddin.

YBhg. Datin Dr. Hjh. Hartini Osman, Pengerusi Program SKR 2019 mensasarkan seramai 200 keluarga dan lebih akan dibantu pada tahun ini. Dan bermula 21 Syaaban 1440H bersamaan dengan 27hb April 2019,iaitu seminggu sebelum menjelangnya Ramadhan Al-mubarak, YBK bersama-sama sukarelawan YBK dan juga NGO setempat, akan mula mengagihkan sumbangan kepada keluarga-keluarga terpilih di seluruh Malaysia.

Di majlis itu juga, cek sumbangan oleh individu dan syarikat korporat juga diterima dengan jumlah sumbangan sebanyak RM 64,150.00 bersamaan dengan 106 keluarga. Terima kasih diucapkan kepada rakan strategik YBK yang dapat hadir di majlis tersebut, 9 Teraju Malaysia, Kelab Rakan Kembara Malaysia, Badan Amal Kebajikan Anggun (BAKA) dan Majlis Jaksa Pendamai Hulu Selangor. Sekalung perhargaan juga kepada Sukarelawan Mujahid Tulus yang dapat hadir memeriahkan lagi suasana majlis.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;