REMBAU, 5 Mei 2019 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) di sekitar kawasan Rembau, Negeri Sembilan melibatkan 5 keluarga dan telah diaturgerak oleh Puan Rozita Arbain bersama para sukarelawan.

Keluarga yang menerima adalah;

Encik Mohd Razi bin Abdul Karim bekerja sebagai pemandu lori tinggal di rumah mesra rakyat yang dimiliki oleh abangnya. Isteri, Santi Adriyani menghidap penyakit Kanser Darah dan sedang menjalani rawatan secara berkala di Hospital. 2 orang anak mereka dijaga oleh Ibu dan ayah, Ruhayah Abd Hamid 60 tahun dan Mat Dey bin Salleh 68 tahun yang juga tinggal bersama mereka. Keluarga ini belum menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak.

En. Mohd Razi boleh dihubungi di talian 017 631 1194.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadan 2019 adalah daripada Tenaga Nasional Berhad dan disampaikan oleh Pn. Rozita Arbain Pegawai YBK yang bertugas.

En. Azizul Bin Ismail. Sumbangan SKR tahun ini adalah sumbangan tahun ketiga kerumah beliau. Keadaan kesihatan yang agak buruk ditanggung sejak 4 tahun lepas masih belum menunjukkan perubahan positif. Masalah penglihatan yang berpunca dari penyakit beliau juga membataskan pergerakan En Azizul mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga.

Dengan bantuan bulanan daripada PERKESO, En Azizul meneruskan kehidupan bersama isteri Pn. Siti Rusidah dan 2 anak di IPT, 3 bersekolah menengah dan seorang di sekolah rendah. Mereka sekeluarga kini tinggal menumpang di rumah nenek di Kg Perigi Jernih, Rembau.

En. Azizul boleh dihubungi ditalian 019-6276447.

Sinar Kasih Ramadan 2019 untuk keluarga ini telah disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad dan disampaikan oleh En. Abdul Rahman bin Adnan sukarelawan YBK yang mewakili Bikers Rembau yang turut sama menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada keluarga En. Azizul.

Pn. Rashidah binti Soit, seorang ibu tunggal yang kematian suami secara mengejut lebih kurang setahun yang lalu. Atas desakan hidup beliau bersama 2 orang anak yang bersekolah rendah telah berpindah ke rumah Ibu beliau di Kg. Pilin.

Bantuan PERKESO yang diterima digunakan untuk menyara hidup beliau bersama-sama Ibu, Pn Noriah 75 tahun, abang kandung yang hanya bekerja kampung dan kakak beliau yang juga ibu tunggal.

Sinar Kasih Ramadan 2019 untuk keluarga ini telah disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad dan disampaikan oleh Ustaz Hisyam yang mewakili sukarelawan YBK dari Bikers Rembau yang turut sama menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada keluarga Pn Rashidah.

Kisah yang sedang hangat diviralkan oleh media sosial. 6 beradik hilang tempat bergantung setelah kehilangan Ibu yang menyara kehidupan mereka sekeluarga. Pn. Norazila bt Sahran, seorang surirumah yang juga kakak sulong kepada arwah Ibu anak-anak ini telah mengambil tanggungjawab untuk memelihara mereka. Beliau juga adalah ibu susuan kepada anak paling kecil berusia 2 tahun yang dijaga ketika arwah keluar mencari nafkah.

Keluarga ini menetap di rumah yang dibina atas tanah Ibu saudara di Kampung Lenggong Ulu, Kota. Suami Pn Norazila bekerja sebagai pemandu lori kayu. Mereka juga mempunyai 6 orang anak dan 5 daripadanya masih bersekolah.

Pn. Norazila boleh dihubungi ditalian 016-7534022.

Sinar Kasih Ramadan 2019 untuk keluarga ini telah disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad dan disampaikan oleh Pn. Kuna Rihana yang mewakili sukarelawan YBK dari Bikers Rembau yang turut sama menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada keluarga Pn. Norazila.

En. Rudaini bin Jamaludin, 43 tahun, seorang OKU yang mengalami masalah pertuturan dan pembelajaran. Beliau tinggal di rumah mesra rakyat di Kampung Seberang Semerbok, Kota bersama isteri Pn Rubiah binti Ahmad dan 2 orang anak yang bersekolah di Sekolah Rendah Semerbok.

Dengan keadaan kesihatan fizikal yang agak kekurangan, beliau hanya mampu bekerja mengambil upah menoreh getah dikebun orang kampung dengan pendapatan tak seberapa demi menampung kehidupan mereka sekeluarga.

Sinar Kasih Ramadan 2019 untuk keluarga ini telah disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad dan disampaikan oleh En Marzuki yang mewakili sukarelawan YBK dari Bikers Rembau yang turut sama menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada keluarga En. Rudaini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;