SERENDAH, 22 Mei 2019 - Sempena Nuzul Quran (17 Ramadhan 1440H), Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar YBK telah berlangsung hari ini bertempat di Asrama Kasih YBK Serendah. Majlis dimulakan dengan sesi Khatam Quran di sebelah petang selepas solat Asar yang berlangsung di surau.

Turut bersama dalam majlis, YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, Datin Dr. Hjh Hartini Osman (Pengerusi Asrama Kasih YBK Serendah), En. Zulhairy Jalaluddin (Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK), En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), barisan kepimpinan YBK, institusi, rakan dan anak-anak Asrama Kasih.

Rakaman takbir dan ucapan Hari Raya Aidilfitri dilaksanakan selepas selesai khatam Al-Quran. Sementara menunggu masuk waktu berbuka puasa, hadirin memberi tumpuan kepada tazkirah yang disampaikan oleh Dato' Pengerusi YBK. Iftar ringkas kurma, kudapan ringan dan air kosong dihidangkan apabila masuk waktu dan makan malam di Dewan Utama selepas solat Maghrib berjemaah.

Solat Isyak, Tarawih dan Witir berjemaah menjadi penutup majlis hari ini, di mana selesai sepenuhnya pada jam 11 malam.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;