Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2019 untuk negeri Pahang melibatkan lima (5) buah keluarga terpilih di kawasan Temerloh dan Kuantan. Keluarga yang berkenaan adalah;

KUANTAN, 1 Jun 2019 – En. Zamrifaizal b Dzuaini terpaksa menguruskan 6 orang anak-anaknya bersendirian akibat masalah rumah tangga. Beliau yang bekerja sebagai nelayan terpaksa turun ke laut seawal waktu subuh dan pulang membawa hasil laut pada waktu tengahari. Mujurlah salah seorang anaknya, Mohd Danish Aswadi yang merupakan lepasan sekolah turut bersamanya turun ke laut membantu.

Pendapatan beliau adalah tidak menentu kerana bergantung kepada musim dan cuaca. Secara purata sekitar RM500 sebulan. Beliau tinggal di kediaman sendiri sejak 16 tahun yang lalu. Kediaman ini dahulunya uzur pada dindingnya namun telah diperbaiki hasil bantuan Majlis Perbandaran Kuantan.

Anak kembar beliau yang berusia 5 tahun menghidap lelah dan dipantau oleh ibu En. Zamrifaizal dan adik perempuannya yang tinggal berhampiran. Anak-anak beliau yang lain berusia 15 dan 10 tahun.

Beliau boleh dihubungi di talian 010 902 5954 atau melalui adiknya, Ana di talian 011 1080 9975.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Dato’ Hj Zainal Abidin Hj Sakom (Pengerusi YBK) telah disampaikan oleh En. Audi Faliq Ibrahim, Timbalan Pengurus (Pendidikan) YBK dan disaksikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam (Pengurus Besar YBK) dan wakil-wakil daripada Majlis Belia Daerah Kuantan.

[MS-PHG-014]

KUANTAN, 1 Jun 2019 – Kami agak terkejut apabila dimaklumkan En. Mohd Suhairi b Abdul Manaf pernah menjadi juruhebah Radio Malaysia Pahang (Pahang FM) sekitar tahun 2005-2006 dengan nama ‘DJ Atan’. Kini beliau tidak lagi menjadi juruhebah dan sekarang melakukan kerja-kerja kampung.

Beliau dan isteri, Pn. Farah Umiah bt Abu Bakar, telah menetap di Kg Chengal Lempong selama 10 tahun dan kediaman yang beliau duduki adalah atas bantuan ICU Pahang. Isteri beliau membantu mencari pendapatan dengan berniaga air kerana En. Mohd Suhairi tidak boleh melakukan kerja-kerja berat kerana sakit stroke.

Pasangan ini memiliki 7 orang anak tidak termasuk seorang lagi yang masih dalam kandungan. Lima orang masih bersekolah manakala anak sulung (20 tahun) dan anak ke-2 (19 tahun) telah bekerja.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 016 951 0657.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Dato’ Hj Zainal Abidin Hj Sakom (Pengerusi YBK) telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam (Pengurus Besar YBK) dan disaksikan oleh wakil-wakil daripada Majlis Belia Daerah Kuantan.

[MS-PHG-015]

KUANTAN, 1 Jun 2019 – En. Effindi b Hashim dahulunya bekerja sebagai pemandu teksi sebagai punca pendapatan keluarganya tetapi kini tidak lagi kerana diserang sakit stroke dan darah tinggi yang menyukarkan beliau memandu. Beliau kini bertugas sebagai pengawal keselamatan dan perlu berulang ke hospital untuk pemantauan dan rawatan.

Isteri beliau, Pn. Nor Asiati bt Ahmad Sabri tidak bekerja kerana turut menghidap sakit berat – jantung dan paru-paru berair. Melakukan kerja-kerja yang memerlukan kudrat berisiko besar untuk beliau. Mujurlah dua orang anak pasangan ini, Auni Zulaikha Nasuha (19 tahun) dan Muhammad Haikal Fikri (18 tahun) bekerja di kedai makan berhampiran bagi membantu keluarga. Seorang lagi anak pasangan ini, Muhammad Haziq Hadi menghidap lelah yang agak berat sejak berusia 6 bulan dan kini belajar di Tahun 6.

Rumah yang diduduki adalah milik sendiri dan keluarga ini tidak menerima bantuan daripada mana-mana agensi.

En. Effindi boleh dihubungi di talian 019 922 7191.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Dato’ Hj Zainal Abidin Hj Sakom (Pengerusi YBK) telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam (Pengurus Besar YBK) dan disaksikan oleh wakil-wakil daripada Majlis Belia Daerah Kuantan.

[MS-PHG-016]

MENTAKAB, 31 Mei 2019 – Berat lagi mata yang memandang, berat lagi bagi insan yang melaluinya. Ketika kami hadir ke kediaman pasangan ini, kami melihat timbunan botol yang berisi bendalir umpama air kosong begitu sarat di hadapan pintu rumah. Apabila ditanya kepada pemilik rumah, En. Baharuddin b Dawi, kami difahamkan botol-botol bendalir tersebut adalah untuk rawatan isteri beliau, Pn. Faziah bt Ishak yang menghidap sakit buah pinggang kronik sejak 6 tahun yang lalu dan hanya mampu terlantar.

Doktor menyarankan agak isteri beliau menjalani dialisis namun kos yang terlalu tinggi bagi setiap sesi rawatan menjadi penghalang. Akibat tidak menerima rawatan sewajarnya, saraf si isteri turut mengalami masalah.

En. Baharuddin bekerja sebagai penoreh getah dengan pendapatan kasar RM600 sebulan. Syukurlah pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Pahang masing-masing memberikan bantuan bulanan RM300. Seorang anak beliau masih bersekolah. Beliau boleh dihubungi di talian 012 952 8475.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Dato’ Hj Zainal Abidin Hj Sakom (Pengerusi YBK) telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam (Pengurus Besar YBK) dan disaksikan oleh En. Husyin Abd Murat (Pengerusi Majlis Belia Daerah Temerloh) dan En. Ainuddin Zainal Akli (Setiausaha Majlis Belia Daerah Temerloh).

[MS-PHG-017]

LANCHANG, 31 Mei 2019 – En. Jantan b Manan (64 tahun) merupakan ketua isi rumah bagi kediaman beliau yang dihuni oleh 3 buah keluarga dengan jumlah isi rumah seramai 13 orang. Beliau tidak lagi bekerja secara aktif dan sekali sekala keluar melakukan kerja-kerja kampung sekiranya memerlukan wang belanja. Isteri beliau, Pn. Rohani bt Malek (56 tahun), merupakan suri rumah.

Dua (2) orang anak beliau, Mohd Uji dan Mohd Faizal tinggal di kediaman ini bersama keluarga masing-masing. Mohd Faizal (36 tahun) adalah OKU dan anak-anak beliau seramai 3 orang (11, 9 dan 3 tahun) turut tinggal bersama. Manakala anak-anak Mohd Uji, juga 3 orang (15, 13 dan 11 tahun), telah berhenti sekolah. Seorang anak En. Jantan, Mazraf (26 tahun) bekerja sebagai jurubersih manakala 2 orang lagi melakukan kerja-kerja kampung.

Rumah adalah milikan sendiri dan keluarga besar ini telah mendiami kampung ini sejak tahun 2002. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 3916 5362.

Sumbangan Sinar Kasih Ramadhan 2019 daripada Dato’ Hj Zainal Abidin Hj Sakom (Pengerusi YBK) telah disampaikan oleh En. Muhammad Sherhan Nizam (Pengurus Besar YBK) dan disaksikan oleh En. Husyin Abd Murat (Pengerusi Majlis Belia Daerah Temerloh) dan En. Ainuddin Zainal Akli (Setiausaha Majlis Belia Daerah Temerloh).

[MS-PHG-018]

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;