Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) 2019 untuk negeri Selangor melibatkan sebelas (11) buah keluarga terpilih di kawasan Kuala Selangor, Sg Besar, Klang dan Bestari Jaya. Proses serahan dibantu oleh Pusat Latihan YBK Kuala Selangor. Keluarga yang berkenaan adalah;

KUALA SELANGOR, 21 Mei 2019 – En. Jaafar Bin Kamis yang bekerja sebagai tukang kayu secara tidak tetap iaitu bergantung pada permintaan kerja dengan pendapatan antara RM700 hingga RM900 sebulan. Isteri beliau seorang suri rumah sepenuh masa yang mencari duit tambahan dengan menjual kuih.

Beliau mempunyai 4 orang anak di mana anak yang pertama sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma di sebuah IPT di Kuala Lumpur, anak kedua pula walaupun mempunyai keputusan SPM yang cemerlang kini sedang mengikuti pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia di Pusat Latihan YBK dan 2 lagi anak yang masih bersekolah menengah dan rendah. Lembaga Zakat Selangor telah menaja perbelanjaan pengajian dan persekolahan keempat-empat anak En Jaafar.

Mereka yang asalnya tinggal di rumah pusaka ibu bapa Puan Khanisah isteri En Jaafar, namun akibat rumah yang telah terlalu usang keluarga ini kini menumpang di rumah kakak isteri En Jaafar.

Keluarga En Jaafar boleh dihubungi di talian 019 253 0468.

Sumbangan daripada Permodalan YBK Sdn. Bhd. disampaikan oleh En. Zulkifli Zali daripada Pusat Latihan YBK.

[PL-SGR-001]

KLANG, 21 Mei 2019 – Penjelajahan Sukarelawan SKR mengunjungi kediaman Puan Noor Azlina Binti Hasan yang terletak di Sungai Udang Bandar Klang merupakan ibu tunggal yang telah ditinggalkan suami tanpa pemberian nafkah.

Puan Noor Azlina mempunyai 4 orang anak di mana anak sulung beliau sedang mengikuti pengajian diperingkat Sijil Kemahiran Malaysia di Pusat Latihan YBK, manakala 2 lagi bersekolah rendah dan seorang lagi baru berumur 3 tahun.

Bagi meneruskan kehidupan dan menanggung anak-anak yang membesar beliau kini bekerja sebagai Pembantu kedai menjual roti dan bakeri dan memperoleh pendapatan lebih kurang RM900 sebulan. Di bulan Ramadhan beliau menjual kuih bagi menambah pendapatan bulanan.

Puan Noor Azlina sekeluarga tinggal bersama ibunya dengan berkongsi dengan adiknya menyewa rumah pangsapuri dengan kadar sewa RM300 sebulan. Keluarga ini tidak mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak dan sedang berusaha memohon bantuan dengan Lembaga Zakat Selangor.

Keluarga Pn Noor Azlina boleh dihubungi di talian 018 578 8543.

Sumbangan disampaikan oleh En. Zulkifli Zali daripada Pusat Latihan YBK.

[PL-SGR-002]

KLANG, 21 Mei 2019 – En. Shahdan b Maulan tinggal dirumah pusaka peninggalan keluarga, bersama isteri Puan Salina dan 7 orang anak di Kampung Perepat, Kapar Klang, Selangor. Anak sulung beliau sedang mengikuti latihan sebagai anggota tentera laut di Lumut, anak yang kedua pula bekerja dibidang perhotelan di Kuala Lumpur manakala anak-anak yang lain masih belajar peringkat sijil dan di sekolah menengah dan rendah. Anak ketiga En Shahdan kini sedang mengikuti pengajian di Pusat latihan YBK dalam jurusan Automotif.

Beliau yang dahulunya pernah bekerja sebagai seorang pemandu lori kontena telah diserang penyakit jantung yang selalu menyebabkan beliau pengsan secara tiba-tiba, kini tidak mampu bekerja kerana dibimbangi beliau pengsan semasa bekerja dan hanya tinggal di rumah sahaja. Isteri beliau juga telah berhenti bekerja bagi memberi perhatian menjaga suami dirumah.

Keluarga ini memperolehi bantuan bulanan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebanyak RM600 sebulan dan ihsan anak yang bekerja. Anak-anak En Shahdan yang mengikuti pengajian dan bersekolah mendapat bantuan pengajian dan persekolahan daripada LZS.

Keluarga En Shahdan boleh dihubungi di talian 013 236 1941.

Sumbangan disampaikan oleh En. Zulkifli Zali daripada Pusat Latihan YBK.

[PL-SGR-003]

KUALA SELANGOR, 22 Mei 2019 – Pn. Noraisah bt Sulung, 54 tahun, seorang ibu tunggal yang telah kehilangan suami tempat bergantung sejak tahun 2009 lagi dan kini tinggal di rumah yang telah dibina dengan hanya menyambung bumbung antara dua rumah saudaranya dikiri dan kanan rumah.

Di bawah bumbung rumah yang agak uzur ini dan ruang yang agak terhad antara dapur, tempat tidur dan tempat anak-anak belajar berteduhnya Pn Noraisah bersama 5 orang anak-anaknya yang cemerlang dalam pelajaran. Anak yang sulong sedang mengikuti pengajian di UiTM, yang kedua pula kini berada di Kolej Matrikulasi dan yang lainnya bersekolah menengah di sekolah berdekatan. Pihak kami dimaklumkan oleh guru sekolah, anak-anak Pn. Noraisah ini semuanya cemerlang dalam pelajaran.

Pn Noraisah menghidap kencing manis dan masalah buasir gigih berusaha menyara kehidupan dengan bekerja dengan menjual kuih dan nasi lemak di kawasan sekitar kampung dengan purata pendapatan RM700 sebulan. Lembaga Zakat Selangor telah memberi bantuan barangan dapur bulanan berupa beras, gula dan lain-lain.

Keluarga Pn Noraisah boleh dihubungi di talian 017 308 2984.

Sumbangan disampaikan oleh En. Zulkifli Zali daripada Pusat Latihan YBK.

[PL-SGR-004]

SG BESAR, 24 Mei 2019 – Mengidap kanser hati tahap 2, darah tinggi dan kencing manis, En Nordin b Kusin dinasihatkan doktor agar tidak melakukan kerja berat.

Dengan bantuan zakat sekitar RM450 sebulan, kini tugas mencari rezeki telah digalas oleh isteri beliau. Pn. Noraini bekerja sebagai pembantu menanam sayur dengan upah sebanyak RM25 sehari dan kerja memotong sayur dan mengikat sayur yang dibayar 30 sen seikat.

Keluarga ini menetap di rumah bantuan kerajaan. Buat masa ini, 3 orang anak keluarga ini masih belajar dan bersekolah di Pusat Latihan YBK dan SMA Bagan Terap.

Keluarga En. Nordin & Pn. Noraini ini boleh dihubungi di talian 017 875 6374 atau 013 274 3742.

Sumbangan disampaikan oleh En. Madzwan Sabtu dan Pn. Fatimah Hawa daripada Pusat Latihan YBK.

[PL-SGR-005]

SG BESAR, 24 Mei 2019 – Mempunyai anak sulung yang Autism dan anak Bongsu yang mempunyai masalah buah pinggang bocor keluar En. Hashim dan Pn. Norsiah di uji setiap hari.

Bekerja sebagai buruh kontrak pendapatan yang tidak menentu sekitar RM500-RM700 untuk menampung perbelanjaan keluarga selama sebulan. Manakala isterinya tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga anak sulung mereka yang autism yang tidak boleh ditinggalkan bersendirian.

Beliau mempunyai 5 orang anak yang berusia dalam lingkungan 8 tahun hingga 21 tahun. anak ke-2 beliau sedang belajar di PLYBK, manakala ke-3 dan ke-4 sedang bersekolah di SMK Sungai Besar dan yang ke-5 bersekolah di SK Sungai Limau. Keluarga ini menetap di rumah bantuan zakat Parit Timur Sungai Besar.

Keluarga En. Hashim & Pn. Norsiah ini boleh dihubungi di talian 016 361 4341 / 012 335 8274.

Sumbangan disampaikan oleh En. Madzwan Sabtu dan Pn. Fatimah Hawa daripada Pusat Latihan YBK.

[PL-SGR-006]

SG BESAR, 24 Mei 2019 – Penyakit jantung yang di hidapi oleh En. Mohd Shukor b Siran dan penyakit athma yang serius Pn. Mariam Abdullah telah membataskan pergerakan harian mereka. Keluarga ini menetap di rumah milik bekas majikannya di Simpang 5 Sungai Besar.

Pasangan ini bekerja sendiri berniaga kuih peniram dan kuah pecal secara kecil-kecilan dan menerima tempahan daripada penduduk kampung. Pendapatan bulanan adalah sekitar RM700-RM850 sahaja.

Beliau mempunyai 4 orang anak yang berusia dari lingkungan 2 tahun sehingga 20 tahun. yang mana 3 daripadanya sedang belajar dan bersekolah. Kekangan kewangan yang di alaminya menyebabkan En. Mohd Shukur tidak mengikuti jadual rawatan sakit jantungnya di Hospital Serdang.

Keluarga ini boleh dihubungi di talian 011 1688 7589 atau 013 389 6068.

Sumbangan disampaikan oleh En. Madzwan Sabtu dan Pn. Fatimah Hawa daripada Pusat Latihan YBK.

[PL-SGR-007]

KUALA SELANGOR, 17 Mei 2019 – En Remy Iskandar B. Mustapar merupakan seorang pengusaha perniagaan barang-barang lusuh (Bundle) yang telah ditimba musibah kebakaran & kehilangan rumah kediaman beliau.

Kejadian berlaku pada 13hb Mei 2019 lebih kurang jam 7.30 pagi. Kesemua peralatan, barangan peribadi dan barangan perniagaan habis dimusnahkan oleh api. Beliau & isteri mempunyai 6 orang cahaya mata yang kini masih bersekolah dari darjah 2 hingga tingkatan 6.

Setelah kehilangan rumah beliau kini menyewa sementara di sebuah rumah taman berhampiran rumah asal beliau dengan bantuan Ketua Kampung.

Keluarga ini boleh dihubungi melalui nombor telefon 013 640 7888.

Sumbangan daripada <insert donor> disampaikan oleh En. Mohd Hazli Had daripada Pusat Latihan YBK.

[PL-SGR-008]

SERENDAH, 22 Mei 2019 – En. Arif b Mamat merupakan seorang mekanik kereta yang bekerja dengan rakan beliau di Gombak Selangor. Isteri beliau Pn. Norazlin bt Md Harith merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara online produk pewangi.

Keluarga ini mempunyai 5 orang anak yang masih belajar dari umur 3 tahun sehingga 18 tahun. Dua orang anak beliau sedang mengikuti Latihan Kemahiran di Pusat Latihan YBK dalam bidang Automotif dan Elektrik. Keluarga ini tinggal menyewa di Pangsapuri Rakyat di Serendah. Dengan pendapatan tidak tetap, purata pendapatan En. Arif RM700 sebulan dan pendapatan isteri RM600 sebulan.

Keluarga ini juga mendapat bantuan RM200 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan bayaran sewa rumah RM300 sebulan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS). En. Arif berulang-alik dari Serendah ke Gombak setiap hari dengan sebuah motosikal jenis Honda EX-5 yang di pinjam daripada rakan yang juga majikan beliau. Keluarga ini merupakan keluarga Asnaf Zakat LZS.

Keluarga ini boleh dihubungi melalui nombor telefon 018 320 1149.

Sumbangan disampaikan oleh En. Mohd Hazli Had daripada Pusat Latihan YBK.

[PL-SGR-009]

BESTARI JAYA, 22 Mei 2019 – Pn. Norhayati bt Omar merupakan seorang ibu tunggal. Beliau membesarkan 4 orang anak yang kini semuanya masih bersekolah berumur dari 6 tahun sehingga 16 tahun. Anak-anak beliau pernah tidak bersekolah selama beberapa tahun. Anak sulung beliau hanya bersekolah setakat darjah enam dan kini belajar di Pusat Latihan YBK.

Keluarga ini tinggal menyewa di Taman Seri Indah, Bestari Jaya. Rumah ini tidak mempunyai bekalan air & elektrik selama 2 tahun dan baru mendapat kemudahan tersebut 2 bulan yang lepas.

Dengan pendapatan tidak tetap daripada tempahan kuih kepada jiran-jiran, keluarga ini memperoleh purata pendapatan RM200 sebulan. Jabatan Kebajikan Masyarakat turut memberi bantuan RM200 sebulan dan Lembaga Zakat Selangor membantu membekal barangan keperluan dapur dan sewa rumah RM300 sebulan. Keluarga ini mempunyai sebuah motosikal Jenis Modenas Kriss dan sebuah basikal terpakai yang telah di sumbangkan oleh jiran bagi memudahkan menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah.

Keluarga ini boleh dihubungi melalui nombor telefon 011 6197 8266.

Sumbangan disampaikan oleh En. Mohd Hazli Had daripada Pusat Latihan YBK.

[PL-SGR-010]

BUKIT BERUNTUNG, 22 Mei 2019 – Pn. Fatimah bt Hashim merupakan seorang ibu tunggal yang telah kehilangan suami pada tahun 2016 akibat penyakit kanser. Ibu kepada 14 orang anak ini kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan bekerja sebagai tukang sapu sampah bangunan apartment bagi membesarkan 4 orang anak yang masih bersekolah berumur 10 tahun sehingga 19 tahun dengan pendapatan bulanan RM1100, manakala 10 orang anak lagi telah bekerja dan berumah tangga. Seorang anak beliau sedang mengikuti latihan kemahiran di PLYBK dalam bidang Elektrik.

Keluarga ini tinggal di Apartment Anggerik Taman Bunga Raya yang dibeli daripada jualan lelongan bank. Lembaga Zakat Selangor juga memberi bantuan bulanan kepada keluarga ini.

Keluarga ini boleh dihubungi melalui nombor telefon 013 292 2266.

Sumbangan disampaikan oleh En. Mohd Hazli Had daripada Pusat Latihan YBK.

[PL-SGR-011]

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;